FOUNDER
MERVE Cosmetics merupakan syarikat kosmetik tempatan pertama di Malaysia yang berkonsepkan dunia Fantasi. Dengan rangkaian produk MERVE Cosmetics, kami percaya bahawa Cantik Bukan Lagi Fantasi.
Ditubuhkan pada Februari 2015, dengan nama MERVE Group Holdings Berhad oleh Siti Arifah Mohd Amin (Joy Revfa), satu sosok wanita yang memberi inspirasi kepada ramai wanita di luar sana bahawa kehidupan seorang wanita tidak berkisar tentang kecantikan semata-mata, tapi harus disertai dengan kesihatan dan kejayaan. 
Atas sambutan yang menggalakkan dan impak yang diterima, akhirnya MERVE Group Holdings Berhad meluaskan rangkaian perniagaannya dengan menubuhkan anak syarikat iaitu MERVE Skin Health Sdn Bhd pada Januari 2016 yang diterajui juga oleh Siti Arifah Mohd Amin (Joy Revfa) & ibunda beliau Safiah bt Abbas (Sofia Abbas) khas untuk pemasaran produk lebih produktif, efektif & meluas.

 

Menurut beliau “Kekuatan produk Merve sangat jelas berada di concept dan manfaat produk itu sendiri. Merve Cosmetics adalah satu satunya produk yg memperkenalkan concept fairytales dan produk produk kami memang sgt berkhasiat dan memberi manfaat kepada penggunanya. Saya mahu Merve menjadi seperti gula yang dihurung semut untuk menikmati manisnya. Disebabkan itu, kami di MERVE tidak hanya memberi produk kepada stokis, ajen dan dropship untuk dijual sahaja tetapi setiap masa kami membantu dan menyokong mereka dengan pelbagai kemudahan, contohnya video dan poster percuma, online training secara percuma, perjumpaan di HQ dan pelbagai lagi. Sokongan kami melibatkan perihal marketing, pengurusan agent, pengurusan perniagaan dan macam macam lagi. 
Syukur alhamdullillah, buat masa ni kami dibantu oleh 250 stokis dan ribuan ajen di seluruh malaysia termasuk dari Brunei, Indonesia dan Singapura”

 

Follow Social Media kami!
Facebook Page: CLICK HERE
Instagram: CLICK HERE
Best viewed in Chrome Browser. Login to AVANA Dashboard.
Copyright Reserved 2022
Powered with
by AVANA
Click Below To Share